-
#HarapanMulia is an online fundraising campaign aimed at supporting our education programs, including EduCARE and GV Scholarships. Through this campaign, we hope to raise RM500,000 to empower underprivileged students and families across Malaysia, providing them with the financial aid, mentorship, and resources they need to pursue their education and build a brighter future. Every donation, big or small, helps turn dreams into reality because Education For All is a cause worth supporting. Your support helps students overcome barriers and reach their full potential. With your help, we can continue to empower students to learn, grow, and thrive. -
Out of stock

Program Hearts of Compassion anjuran UDCY IIUM merupakan sebuah inisiatif penuh kasih sayang yang dianjurkan oleh UDCY IIUM untuk menyantuni anak-anak di Pusat Perlindungan PERNIM (Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia). Program ini akan diadakan pada 1 November 2025 (Sabtu) bertempat di PERNIM, Malaysia.
Dengan semangat ukhuwah dan keprihatinan, program ini bertujuan untuk membawa sinar kegembiraan, kasih dan harapan kepada mereka yang memerlukan, sambil memupuk nilai empati serta tanggungjawab sosial dalam kalangan sukarelawan.
-
Out of stock

Eco-Ranger Junior: Play, Plant and Protect
Anjuran pelajar ED248 Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Fizik, Fakulti Pendidikan, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.Program Eco-Ranger Junior: Play, Plant and Protect merupakan sebuah inisiatif komuniti di bawah kursus EDU620 (Education and Society) yang bertujuan menyemai kesedaran awal tentang kepentingan penjagaan alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Berteraskan nilai kasih terhadap alam dan semangat kelestarian, program ini menggabungkan elemen pembelajaran sains, kreativiti, dan amalan 3R (Reuse, Reduce, Recycle) melalui pendekatan menyeronokkan seperti eco-explorace, aktiviti penanaman biji kacang hijau, dan pertandingan mewarna bertema alam sekitar.Dengan sokongan anda, kami berhasrat menjayakan program ini sebagai medium pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) yang bukan sahaja memberi manfaat kepada peserta cilik, tetapi turut memperkukuh nilai empati, tanggungjawab sosial, dan semangat pendidik dalam diri pelajar universiti. 
-
Out of stock
NUTRIBITE Anjuran pelajar ED2488A Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Fizik, Fakulti Pendidikan, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.Program NutriBite merupakan inisiatif komuniti di bawah kursus SCE583 (Science module and training development) untuk meningkatkan kesedaran nutrisi dan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar sekolah menengah.Dilaksanakan pada 12 Disember 2025, program ini memfokuskan konsep asas nutrisi seperti Piramid Makanan Malaysia, pengiraan BMI, keperluan kalori, hidrasi harian serta amalan pemakanan “Suku-suku Separuh”. Aktiviti dijalankan secara interaktif melalui Zumba, kuiz, hands-on pengiraan kesihatan, pembinaan model dan analisis label makanan. Pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman ini membantu peserta memahami dan mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan seharian. Program turut memberi peluang kepada pelajar universiti mengasah kemahiran komunikasi, kepimpinan dan profesionalisme. Secara keseluruhan, NutriBite memberi impak positif kepada pelajar, universiti dan komuniti melalui pemerkasaan literasi nutrisi serta penerapan gaya hidup sihat. -

Donation: RM50 – RM2000
Introduction
The Shopping Buddy Program is a program conducted by the association on the third Saturday of each month, where 10 selected underprivileged families will be invited for a groceries shopping session with volunteers from the association. RM100 cash vouchers would be handed out to each selected families, which is hoped could help ease the burden of the families. It is a program that is run by the Great Vision Charity Association in collaboration with other partner association members so that they could influence more members to act as volunteers for charitable events.Pengenalan
Program Rakan Shopping adalah program yang dijalankan oleh pihak persatuan pada hari Ahad ketiga setiap bulan, di mana 10 keluarga kurang bernasib baik terpilih akan dijemput ke sesi membeli-belah barangan keperluan rumah dengan sukarelawan dari persatuan itu. Baucar tunai RM100 akan diberikan kepada setiap keluarga yang terpilih, yang diharap dapat membantu meringankan beban keluarga-keluarga tersebut. Program ini dijalankan oleh Persatuan Harapan Mulia dengan kerjasama ahli-ahli persatuan-persatuan dan badan-badan rakan supaya mereka boleh mempengaruhi lebih ramai ahli untuk bertindak sebagai sukarelawan dalam aktiviti-aktiviti amal. -

Donation: RM50 – RM2000
Introduction
The Didik-Kasih EduCare program is a study aid that aims to assist the underprivileged who wishes to further their tertiary studies by providing them with a startup assistance and monthly allowance to cover his / her living expenses while studying throughout the period of assistance. The program also aims to influence and inspire successful applicants to give back to the society by getting involved in and organizing charity activities.Target beneficiary
Children from orphanages and underprivileged families age 17 and above who has enrolled in or being accepted in any local public or private institute of higher learning.Pengenalan
Program Didik-Kasih EduCare merupakan satu bantuan pengajian yang bertujuan untuk membantu golongan kurang bernasib baik yang ingin melanjutkan pengajian tinggi mereka dengan menyediakan bantuan permulaan dan elaun bulanan untuk menampung perbelanjaan sara hidup mereka semasa tempoh pembelajaran. Program ini juga bertujuan untuk mempengaruhi dan memberi inspirasi kepada pemohon yang berjaya untuk berbakti kepada masyarakat dengan melibatkan diri dalam kegiatan dan menganjurkan aktiviti amal.Benefisiari sasaran
Kanak-kanak dari rumah anak yatim dan keluarga yang kurang bernasib berumur 17 tahun dan ke atas yang telah mendaftar atau diterima di mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta tempatan.