Eco-Ranger Junior: Play, Plant and Protect 
Anjuran pelajar ED248 Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Fizik, Fakulti Pendidikan, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.
Program Eco-Ranger Junior: Play, Plant and Protect merupakan sebuah inisiatif komuniti di bawah kursus EDU620 (Education and Society) yang bertujuan menyemai kesedaran awal tentang kepentingan penjagaan alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Berteraskan nilai kasih terhadap alam dan semangat kelestarian, program ini menggabungkan elemen pembelajaran sains, kreativiti, dan amalan 3R (Reuse, Reduce, Recycle) melalui pendekatan menyeronokkan seperti eco-explorace, aktiviti penanaman biji kacang hijau, dan pertandingan mewarna bertema alam sekitar.
Dengan sokongan anda, kami berhasrat menjayakan program ini sebagai medium pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) yang bukan sahaja memberi manfaat kepada peserta cilik, tetapi turut memperkukuh nilai empati, tanggungjawab sosial, dan semangat pendidik dalam diri pelajar universiti. 
