NUTRIBITE Anjuran Pelajar ED2488A UiTM Puncak Alam

//NUTRIBITE Anjuran Pelajar ED2488A UiTM Puncak Alam

NUTRIBITE Anjuran Pelajar ED2488A UiTM Puncak Alam

RM 60.00

12%

RM 500.00 Goal

2 Donors

NUTRIBITE
Anjuran pelajar ED2488A
Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Fizik, Fakulti Pendidikan, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.

Program NutriBite merupakan inisiatif komuniti di bawah kursus SCE583 (Science module and training development) untuk meningkatkan kesedaran nutrisi dan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Dilaksanakan pada 12 Disember 2025, program ini memfokuskan konsep asas nutrisi seperti Piramid Makanan Malaysia, pengiraan BMI, keperluan kalori, hidrasi harian serta amalan pemakanan “Suku-suku Separuh”. Aktiviti dijalankan secara interaktif melalui Zumba, kuiz, hands-on pengiraan kesihatan, pembinaan model dan analisis label makanan. Pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman ini membantu peserta memahami dan mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan seharian. Program turut memberi peluang kepada pelajar universiti mengasah kemahiran komunikasi, kepimpinan dan profesionalisme. Secara keseluruhan, NutriBite memberi impak positif kepada pelajar, universiti dan komuniti melalui pemerkasaan literasi nutrisi serta penerapan gaya hidup sihat.

SKU: NUTRIBITE Anjuran Pelajar ED2488A UiTM Puncak Alam Category: