Program Sentuhan Kasih 2025 anjuran mahasiswa/i Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bakal berlangsung di Pusat Jagaan Warga Emas Muhammad Ibrahim, Semenyih. Program ini bertujuan menyemai nilai kasih sayang dan keprihatinan terhadap golongan warga emas di Pusat Jagaan Warga Emas Muhammad Ibrahim (PJMI)
Melalui program ini, kami berharap dapat membawa kegembiraan dan senyuman kepada para penghuni pusat jagaan dengan aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong, sesi interaksi mesra serta pelbagai pengisian santai yang mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan warga emas.
Selain itu, Program Sentuhan Kasih 2025 juga bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya menyantuni golongan tua dan menggalakkan lebih banyak penglibatan dalam aktiviti kebajikan dalam komuniti setempat.
Dengan penuh rendah hati, kami membuka ruang untuk sumbangan dana daripada orang ramai demi menjayakan Program Sentuhan Kasih 2025 ini.
Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan membawa kebaikan dan memberi impak yang bermakna kepada warga emas yang disantuni.