NGO WORK TO REDUCE HOUSEHOLD BURDEN OF POOR FAMILIES

//NGO WORK TO REDUCE HOUSEHOLD BURDEN OF POOR FAMILIES

NGO WORK TO REDUCE HOUSEHOLD BURDEN OF POOR FAMILIES

Kuala Lumpur, 12 March 2016: A collaboration of Great Vision Charity Association and the Residence association in PPR Seri Anggerik have come together to help the lower income group in the PPR. Led by Great Vision Charity, the association funded RM100 cash voucher to the ten selected lower income family to purchase groceries and necessity at Tesco Scott Garden with the company of volunteers from the charity association. An assessment has been done beforehand to assess the financial status and living condition of the families in the low cost flats.

Most breadwinners of the families are making at the average of RM1,000 a month while the homemakers had to look after their children who were still schooling. Their household income was clearly not enough to live a standard living. Some of the benefited individuals like the old folks who were unable to work due to old age, faced difficulty in making their ends meet. Although some families are receiving the financial aid from the Department of Social Welfare, they are living a frugal life.

The 10 families have gone on a grocery shopping together with volunteers on 12th March. Each family was accompanied by a volunteer, Throughout the grocery shopping session, the families were happily selecting their goods and groceries while the volunteers aided them in summing up the purchase of goods. After the grocery shopping, the volunteers and families had a heartiest lunch together at Yusram Café located at Tesco Scott Garden. Pak Yusram, the owner of Yusram Café was touched by the charity work of the association and decided to give a discount on the food price and also providing beverages and snacks free of charge. The event advisor of the association thanked Pak Yusram for the kind act in supporting this charity event.

Great Vision Charity Association is recruiting more volunteers for their next cycle of grocery shopping activities with different underprivileged folks. Get involved by registering yourself at http://www.persatuanharapanmulia.wordpress.com/ or write to [email protected].

NGO BANTU RINGANKAN BEBAN KELUARGA MISKIN

Kuala Lumpur, 12 Mac 2016: Persatuan Harapan Mulia dan Persatuan Penduduk dari PPR Seri Anggerik telah berkerjasama membantu 10 keluarga yang miskin melalui Program Rakan Shopping mereka. Program kebajikan ini yang dikendalikan oleh Persatuan Harapan Mulia dengan memberi sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik ataupun miskin bertujuan untuk meringankan bebanan kewangan keluarga terbabit. Persatuan penduduk yang masak dengan latar belakang kejiranan di PPR telah memilih 10 keluarga miskin yang memerlukan bantuan. Baucar membeli-belah bernilai RM100 kemudiannya disumbangkan kepada setiap keluarga terpilih untuk membeli barangan keperluan.

Hampir kesemua keluarga-keluarga yang terpilih berpendapatan rendah dan pendapatan isi rumah adalah dalam purata RM1,000. Kebanyakan isteri keluarga-keluarga tersebut tidak berpendapatan dan merupakan suri rumah yang menjaga anak-anak yang masih bersekolah. Sesetengah keluarga yang menerima sumbangan melalui program tersebut adalah warga tua yang tidak berpendapatan dan tinggal bersendirian ataupun bersama pasangannya. Biarpun sesetengah keluarga menerima sumbangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, kehidupan mereka dikatakan amat susah.

Bersempena dengan program tersebut, para sukarelawan dari Persatuan Harapan Mulia turut menemani 10 keluarga-keluarga tersebut membeli barang-barangan keperluan di Tesco Scott Garden. Para keluarga yang hadir bersyukur dan gembira memilih barang-barangan seperti beras, minyak masak, lampin bayi, dan sebagainya.  Selepas membeli belah, keluarga-keluarga tersebut dijemput makan tengah hari bersama-sama para sukarelawan di Kafe Yusram yang terletak di Tesco. Pemilik Kafe Yusram, Pak Yusram yang terharu dengan kerja amal Program Rakan Shopping ini turut memberikan sumbangan dengan menawarkan diskaun pada makan tengah hari tersebut. Wakil Persatuan Harapan Mulia kemudiannya menunjukkan tanda berterima kasih ke atas sokongan Pak Yusram.

Program Rakan Shopping ini akan diadakan setiap bulan untuk memberi sumbangan dan bantuan kepada lebih ramai orang yang berkehidupan susah. Kepada para pembaca yang berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukarela program ini, boleh mendaftarkan diri di http://www.persatuanharapanmulia.wordpress.com/ ataupun e-mel ke [email protected].

By | 2016-03-23T06:13:18+08:00 March 23rd, 2016|Uncategorized|0 Comments