Fundraiser by Ahmad Zawawee for #HarapanMulia

//Fundraiser by Ahmad Zawawee for #HarapanMulia

Fundraiser by Ahmad Zawawee for #HarapanMulia

RM 5,625.00

188%

RM 3,000.00 Goal

6 Donors

Campaign Closed

Campaign Closed

Apa yang korang tahu tentang kerja amal kebajikan? Kerja amal kebajikan ni adalah 1 platform untuk membentuk/ melatih diri untuk membentuk sikap kesularelawan didalam diri.

Masyarakat selalu memandang mudah bab kerja amal ni. Kebanyakannya merasakan bahawa wujudnya kerja amal ni sebab ada golongan – golongan mengambil kesempatan diatas kemurahan hati sesetengah pihak.

Memang diakui bahawa ada sesetengah penerima bantuan memang mengambil kesempatan diatas kemurahan hati NGO. Namun jangan pukul rata dan anggap semua penerima bantuan adalah sama. Bantuan yang disalur kepada mereka ini ibarat talian hayat/ peluang kedua untuk mereka meneruskan hidup. Kita mungkin selesa dengan hidup kita namun harus diingat ada individu/ keluarga yang kurang berkemampuan terutama dari golongan B40 yang masih meraba – raba untuk meneruskan hidup.

Tahun 2020 & 2021 adalah tahun yang suram buat Malaysia akibat Pandemik Covid-19. Tahun 2022 merupakan tahun untuk seluruh rakyat Malaysia bangkit semula selepas kita akhirnya berjaya mengatasi pandemik ini. Namun, harus diingat bahawa kesan Pandemik Covid-19 ini turut dirasai oleh segenap lapisan masyarakat tidak terkecuali individu/ keluarga dari golongan B40.

Persatuan Harapan Mulia telah melancarkan #HarapanMuliaCampaign sebagai salah 1 inisiatif bersasar untuk membantu golongan ini. Kita memfokuskan 2 langkah iaitu:

  1. Bantuan barangan runcit & keperluan asas melalui Rakan Shopping Project
  2. Bantuan elaun sara hidup untuk pelajar dari kalangan B40 untuk meneruskan cita – cita mereka melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi melalaui Didik Kasih Educare Program.

Alangkah baiknya jika kita sama – sama berganding bahu serat bekerjasama membela nasib golongan ini. Jom pakat ramai – ramai support #HarapanMuliaCampaign dibawah saya dengan menderma di https://www.persatuanharapanmulia.org.my/fundraising/

 

SKU: HM-AWIE Category:

Fundraisers

    Completed Fundraisers

    • Out of stock

      #HarapanMulia 2022 Fundraiser

      RM 214,221.00

      60%

      RM 355,700.00 Goal

      70 Donors