Fundraiser by Nazihah Maiddin for #HarapanMulia

///Fundraiser by Nazihah Maiddin for #HarapanMulia

Fundraiser by Nazihah Maiddin for #HarapanMulia

Minimum Donation RM 1.00

RM 68.00

1%

RM 10,000.00 Goal

2 Donors

Campaign Closed

Campaign Closed

Persatuan Harapan Mulia. Sebuah NGO dimana aku berkhidmat sebagai Pekerja Sosial Komuniti. Sebuah platform yang memberi harapan baru kepada masyarakat yang memerlukan. Pelbagai bentuk bantuan yang telah diberikan kepada golongan b40 seperti bantuan keperluan asas kepada keluarga, bantuan pendidikan kepada pelajar yang memerlukan dan lain-lain lagi (rujuk facebook rasmi Persatuan Harapan Mulia). Semua ini adalah hasil sumbangan dan sokongan dari orang ramai yang prihatin.

Secara peribadi, saya nak kongsikan betapa sepanjang 10 bulan berkhidmat disini, saya dapat melihat realiti perjuangan orang-orang yang kurang bernasib baik diluar sana untuk meneruskan kehidupan. Peluang untuk turun padang dan mendekati penduduk dari golongan b40 merupakan satu pengalaman yang berharga dan membantu diri sendiri untuk menjadi insan yang lebih prihatin dengan orang lain. Mereka bukan tidak berusaha untuk mengubah kehidupan mereka tetapi nasib tidak menyebelahi mereka mahupun tiada jalan untuk membina sebuah kehidupan yang lebih baik.

Tahukah semua macam mana sesebuah NGO itu untuk kekal kukuh dan memberi manfaat kepada orang ramai. Ia melalui derma dan dana dari individu dan juga badan korporat. Sejumlah dana yang diberikan akan digunakan dan dimanfaatkan sebaik mungkin dan disalurkan kepada golongan b40. Segala bentuk bantuan akan dirancang dengan baik agar tujuan sebenar NGO ini ditubuhkan tercapai dan ramai yang dapat manfaatnya tidak kira agama, kaum dan bangsa.

Aku pernah bertanya kepada salah seorang penerima manfaat, apa yang akan dilakukan dengan bantuan yang diberikan dan jawapannya “Makcik dan Pakcik ni berniaga nasi lemak, sebelum ni pernah terfikir nak kembangkan lagi perniagaan tapi duit hanya cukup untuk beli barangan mentah untuk jualan esok dan perbelanjaan anak sekolah, tapi dengan bantuan ni makcik boleh la beli beras dengan barangan lain nanti boleh buat lebih”. Secara peribadi, kita dapat lihat betapa bantuan yang diberikan mampu untuk mengubah kehidupan seseorang walaupun nilainya cuma Rm 1.

Jika NGO ini tidak diwujudkan atau sudah tidak beroperasi lagi, bagaimana dengan mereka nanti. Saya percaya, ramai diluar sana prihatin dengan nasib mereka ini, tetapi tidak tahu cara untuk membantu mereka. Kami bebesar hati jika ada individu yang prihatin ingin menyalurkan sumbangan kepada kami dan sama-sama kita membantu mereka. Secara jujur, Persatuan Harapan Mulia sangat memerlukan bantuan dana dari orang ramai untuk terus menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti ini. Tetapi semenjak Pandemik Covid-19 melanda Negara kita, semakin hari, kami semakin kekurangan dana untuk menyalurkan bantuan dan mereka yang terkesan semakin ramai. Manakala sumber dan dana kami ada semakin berkurangan. Ayat yang paling mudah difahami, makin ramai orang memerlukan bantuan, makin banyak dana yang diperlukan. Seperti mereka yang memerlukan kami untuk berjuang dalam kehidupana, kami juga memerlukan sumbangan yang ikhlas dari korang semua untuk brjuang untuk terus memberi khidmat bantuan kepada masyarakat yang memerlukan.

Secara ikhlas dari hati, kami dari mengalu-alukan sumbangan dari pihak Tuan/Puan. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi setiap sumbangan yang diberikan.

Category:

Fundraisers

  • Out of stock

    #HarapanMulia Fundraiser

    Minimum Donation RM 1.00

    RM 438,257.00

    135%

    RM 324,000.00 Goal

    258 Donors

Completed Fundraisers