Fundraiser by Nurul Faraheen for #HarapanMulia

///Fundraiser by Nurul Faraheen for #HarapanMulia

Fundraiser by Nurul Faraheen for #HarapanMulia

Minimum Donation RM 1.00

RM 358.00

4%

RM 10,000.00 Goal

11 Donors

Campaign Closed

Campaign Closed

Hi everyone!

Korang tahu tak sambung belajar ke peringkat university/kolej adalah satu hak yang istimewa bukan semua orang boleh dapat?

Saya, Faraheen, saya dah bekerja lebih dari 1 tahun di bidang charity (kerja amal) di Great Heart Charity Association (GHCA) dan saya dah pernah lihat berapa ramai sahabat2 baya saya atau adik-adik saya yang tiada hak istimewa ini disebabkan keadaan kewangan keluarga mereka yang tidak mengizinkan.

Tapi, salah sebuah organisasi di bawah GHCA iaitu Great Vision (GV), mereka telah membantu ramai pelajar yang berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran mereka dengan memberi bantuan kewangan dari segi duit sara hidup bulanan dan juga mengajar pelajar-pelajar tersebut bagaimana untuk merancang dan melaksanakan program amal dibantu oleh wakil-wakil daripada GV.

Bagi saya, apa yang dilakukan oleh GV dapat memberi impak yang mendalam. Jangan terkejut ye kawan-kawan, pelajar mungkin boleh mohon bantuan untuk membayar yuran pengajian dan mendapat sedikit extra untuk sara hidup tapi cukup ke tanpa duit tambahan dari ibu bapa? Ramai tak yang terpaksa ikat perut demi tidak mahu menyusahkan ibu bapa mereka? Memang ramai, saya juga pernah lalui situasi ini dahulu.

Oleh itu saya skrg sedang melakukan kutipan derma supaya GV dapat terus membantu pelajar-pelajar yang memerlukan lagi-lagi di waktu ekonomi gawat skrg. RM100, RM10, even RM1 sekali pun sangat-sangat kami hargai kerana kebaikan anda sekarang, dapat mengubah masa depan orang lain. Satu ayat yang saya pegang dari dulu, kita tidak akan miskin dengan menderma.

Category:

Fundraisers

  • Out of stock

    #HarapanMulia Fundraiser

    Minimum Donation RM 1.00

    RM 438,257.00

    135%

    RM 324,000.00 Goal

    258 Donors

Completed Fundraisers