PROGRAM UBUNTU ANAK ANGKAT ORANG ASLI: UUM MEMPERKASA KOMUNITI TERSISIH
Program ini dianjurkan oleh pelajar Kursus SSWSK2153 Perancangan dan Pembangunan Komuniti, SAPSP, dengan kerjasama Great Vision Charity Association dan Persatuan Kerja Sosial UUM. Program akan berlangsung di Perkampungan Orang Asli Lubuk Legong, Baling, Kedah pada 26–27 Disember 2025.
“Ubuntu” ialah istilah daripada Bahasa Kuno Afrika Selatan yang bermaksud kemanusiaan untuk semua dan menggalakkan kita berbuat baik demi komuniti. Falsafah ini menjadi inspirasi pelajar Kerja Sosial UUM untuk membantu komuniti Orang Asli yang kurang bernasib baik.
Kami amat mengalu-alukan sumbangan anda untuk menceriakan kanak-kanak serta wanita/ibu di kawasan luar bandar ini.
Pertanyaan boleh diajukan kepada Pengarah Program:
• Nur Afni Raihana Mohd Shukri – 013-4157147
• Nurul Izzati Muhamad Zambri – 011-37257166



Eco-Ranger Junior: Play, Plant and Protect 








