Completed Fundraisers

/Completed Fundraisers
  • Out of stock

    Hearts of Compassion Anjuran UDCY IIUM

    RM 850.00

    106%

    RM 800.00 Goal

    20 Donors

    Program Hearts of Compassion anjuran UDCY IIUM merupakan sebuah inisiatif penuh kasih sayang yang dianjurkan oleh UDCY IIUM untuk menyantuni anak-anak di Pusat Perlindungan PERNIM (Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia). Program ini akan diadakan pada 1 November 2025 (Sabtu) bertempat di PERNIM, Malaysia.

    Dengan semangat ukhuwah dan keprihatinan, program ini bertujuan untuk membawa sinar kegembiraan, kasih dan harapan kepada mereka yang memerlukan, sambil memupuk nilai empati serta tanggungjawab sosial dalam kalangan sukarelawan.

  • Out of stock

    Eco-Ranger Junior: Play, Plant and Protect

    RM 1,000.00

    100%

    RM 1,000.00 Goal

    17 Donors

    🌱 Eco-Ranger Junior: Play, Plant and Protect 🌱 Anjuran pelajar ED248 Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Fizik, Fakulti Pendidikan, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.Program Eco-Ranger Junior: Play, Plant and Protect merupakan sebuah inisiatif komuniti di bawah kursus EDU620 (Education and Society) yang bertujuan menyemai kesedaran awal tentang kepentingan penjagaan alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Berteraskan nilai kasih terhadap alam dan semangat kelestarian, program ini menggabungkan elemen pembelajaran sains, kreativiti, dan amalan 3R (Reuse, Reduce, Recycle) melalui pendekatan menyeronokkan seperti eco-explorace, aktiviti penanaman biji kacang hijau, dan pertandingan mewarna bertema alam sekitar.Dengan sokongan anda, kami berhasrat menjayakan program ini sebagai medium pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) yang bukan sahaja memberi manfaat kepada peserta cilik, tetapi turut memperkukuh nilai empati, tanggungjawab sosial, dan semangat pendidik dalam diri pelajar universiti. 🌿