Completed Fundraisers

/Completed Fundraisers
  • SUMBANGAN DANA PROGRAM “STREET GROCERIES AND FOOD CONTRIBUTION”

    RM 565.00

    57%

    RM 1,000.00 Goal

    16 Donors

    Kami, pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dari kumpulan 2 kursus UPU3412 Kesukarelawanan (I) akan menganjurkan sebuah program untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dengan memberikan keperluan barangan asas bagi meringankan beban mereka.

    dengan rasa rendah hati ingin mengalu-alukan sumbangan seikhlas hati daripada anda semua. Kutipan dana ini dilakukan bagi membantu kumpulan kami menambahkan dana bagi menjalankan Program “ Street Groceries and Food Contribution”.

    Oleh itu, marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan agar dapat membantu meringankan beban pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.  Seterusnya, kami berharap agar program ini dapat berjalan dengan jayanya.

     
  • Out of stock

    Program Anak Muda NADI Malaysia

    RM 1,000.00

    100%

    RM 1,000.00 Goal

    13 Donors

    Pada tahun ini, kami mahasiswa/i Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganjurkan program Anak Muda Nadi Malaysia Edisi ke-9 yang bertempat di Taiping, Perak bagi membina ukhwah silaturahim bersama anak-anak yatim di Pondok Pengajian dan Tarbiah Ukhrowi.

    Hasrat NADI bagi menyantuni anak-anak ini dengan mengambil inisiatif melibatkan komuniti kampung berdekatan menjalankan aktiviti bergotong-royong, rewang serta aktiviti sukaneka yang mendekatkan masyarakat bersama dengan anak-anak pondok.

    Dengan rendah hati, kami mengalu-alukan sumbangan orang ramai dengan seikhlas hati bagi memberi sumbangan dana agar program Anak Muda Nadi Malaysia Edisi-9 dapat berjalan lancar dengan jayanya.

    Mari bersama- sama menyumbang agar dapat memberi tenaga dan impak yang positif kepada anak-anak pondok di sana.