Hello~~ Meet me Nazihah!Saya merupakan pekerja sosial di Persatuan Harapan Mulia. Ini perjalanan saya bersama Persatuan Harapan Mulia dalam membantu komuniti dan pelajar B40. Sepanjang 3 tahun perjalanan saya, banyak kisah sedih, kesusahan, happy dan pengajaran hidup yang saya dapat belajar daripada mereka. Ada yang struggle untuk membeli peralatan bayi, ada yang menabung untuk menyediakan kenderaan yang selesa untuk anak-anak, ada atuk dan nenek sama-sama berniaga di sekitar rumah untuk menampung kos sara hidup harian. Ada juga yang sedang berjuang untuk melawan penyakit yang mereka hidapi. Pelbagai cabaran dan dugaan yang mereka hadapi dalam kehidupan. Mereka berusaha untuk membuat yang tebraik untuk keluarga mereka. Pihak GVCA sentiasa cuba sebaik mungkin untuk menyantuni mereka untuk memahami perjalanan hidup mereka agar bantuan yang disalurkan adalah bersesuaian dengan apa yang mereka perlukan. Banyak kisah kalua nak ceritakan sebenarnya. Tapi ada satu kisah yang saya masih saya ingat.Kisah yang paling saya rasa dekat dihati adalah seorang kisah seorang Pakcik yang menghidap leukimia, dia kuat untuk lawan sakit dia. GVCA bantu dia beberapa kali untuk bantuan barangan dapur dalam program Rakan Shopping. Saya masih ingat lagi ayat yang Pakcik tu bagitahu “terima kasih bagi Pakcik bantuan ni, 3 bulan ni Pakcik dah tak payah beli barangan kering, duit tu Pakcik boleh la guna buat bayar grab nanti untuk pergi hospital masa buat rawatan dan bayar bil hospital”. Setiap kali saya hantar barang bantuan, dia akan jumpa saya untuk ucapkan terima kasih walaupun dengan keadaan yang tidak sihat. Pakcik telah meninggal dunia pada tahun 2021 akibat sakitnya itu. Sejujurnya saya sedih apabila dengar pakcik tu dah meninggal dunia, tetapi dalam masa sama saya cukup berpuas hati kerana saya sudah melakukan yang terbaik untuk bantu Pakcik ringankan beban dia. Mungkin benda tu nampak sedikit pada kita, tapi sebenarnya besar nilai tu buat mereka.