Program Rakan Shopping edisi bulan April 2017

//Program Rakan Shopping edisi bulan April 2017

Program Rakan Shopping edisi bulan April 2017

Cheras, 15 April 2017: Perasaan paling menggembirakan apabila dapat membantu golongan memerlukan tanpa mengira usia dan bangsa. Begitulah yang dirasai 15 sukarelawan daripada Persatuan Haparan Mulia yang melibatkan diri dalam Program Rakan Shopping di mana sukarelawan membawa 10 keluarga dari Flat Sri Johor, Cheras untuk membeli belah di Tesco Cheras.

Program Rakan Shopping adalah satu program amal bulanan anjuran Persatuan Harapan Mulia dimana sularelawan menghulurkan masa dan memberi pertolongan kepada peserta dari segi pengangkutan serta menolong peserta memilih barang-barang keperluan asas. Para peserta program ini terdiri dari golongan kurang upaya, golongan miskin dan golongan tua. Baucer bernilai RM100 disumbangkan kepada setiap keluarga.

Wakil Persatuan Harapan Mulia, Cik Chor Mun Yan mengatakan tujuan program ini adalah untuk meringankan beban golongan memerlukan bantuan selain memupuk semangat kesukarelawan di antara masyarakat.

Munurut sukarelawan yang terlibat, Puan Lilly Wong Siew Moon mengulas “Saya membawa anak saya yang berumur 13 tahun untuk melibatkan diri dalam program amal supaya dia dapat belajar amalan membantu orang lain dari pengalaman-pengalaman program amal tersebut.”

Seorang sukarelawan turut berkongsi pengalamannya “Walaupun pasar raya tidak jauh dari tempat tinggal para peserta, namun kebanyakan peserta tidak mempunyai kenderaan sendiri dan jarang keluar dari rumah disebabkan kesukaran atas penggerakan bagi mereka yang kurang upaya.” kata Ng Jin Ee.

Seorang lagi sukarelawan yang terlibat, Chan Xiong Yan berkata “Keluarga-keluarga ini berhati-hati dan pandai berbanding harga ketika memilih barangan keperluan”

Selepas sesi membeli belah, para peserta dijemput makan tengah hari di medan selera Tesco tersebut bersama dengan para sukarelawan sebelum dihantar balik ke rumah masing-masing. Pada akhir program, para peserta melafazkan kegembiraan mereka dan berterima kasih kepada para sukarelawan dan wakil Persatuan atas sumbangan dan prihatin diberi kepada mereka.

Maklumat lanjut berkenaan dengan Program Rakan Shopping boleh dilayari di laman web http://www.persatuanharapanmulia.org.my/

 

By | 2017-06-06T17:33:48+08:00 May 9th, 2017|Rakan Shopping Program|0 Comments